Okey, tadi dah start first paper for core subjects, Logic and Critical Thinking. Nasib baik boleh buat, Alhamdulillah. Even study last minute (macam biasalah) tapi still dapat jawab.
Baju dan segala barang nak bawak balik rumah semua belum kemas. Malas gila. Macam banyak lah pulak barang nak kena sedekah. Mak suruh lelong je semua tupperware, baldi, hanger hanger bagai. Tapi untuk aku yang gila penyayang terhadap segala harta aku, bukan sesuatu yang senang nak menyedekahkan harta benda begitu sahaja kat orang lain. Rasa macam bekas sabun tu pun aku nak bawak balik. Kenangan kot? Nanti boleh tunjuk kat anak cucu, nilah bekas sabun opah dulu dulu masa belajar dekat Sarawak. Okehh, over.
Balik nanti macam tak ada makna je nak lepak makan tidur depan tv sebab boleh rest few days je. Lepas tu dah kena start pratikal pulak. Dah lah nanti cuti raya masa aku tengah praktikal. Entah entah dapat cuti dua tiga hari je. Damn. -_- Tetiba benci pulak kena praktikal. Kalau dulu masa kerja part time, pandai aku resign cepat cepat before raya sebab tak payah pikir kena pergi kerja time raya. Tapi time praktikal ni takkan nak buat macam tu jugak. Alamat tak grad aku nanti. Heh
Hari tu tanya mak, bila nak beli baju raya, tema colour apa semua. Sekali mak reply, tahun ni kita tak payah raya. Duit nak kena simpan sebab nak pergi Sarawak tengok konvo kau nanti. Baju raya pakai je hat lama lama punya. Cheh, patah hati kejap. Tapi rasanya mak acah je tu. Tak pernah lagi aku beraya tak ada baju baru. Hihii kalau betul betul takde baju baru raya ni, memang buat rekod.
Okey dah, nanti sambung merepek lagi. Esok exam petang, jadi sekarang kena tidur. Malam karang stay up. By the way, ni lagi satu rekod. Tak pernah pernah aku ambil exam hari Sabtu, tapi esok which is Saturday, aku ada paper Human Computer Interaction. Okehh, tak apa. Janji cepat habis exam, cepat balik. Rindu nak drive Alphard. xoxo.
No comments:
Post a Comment